Sekarang ini Barisan Nasional mempunyai kuasa bagi menentukan tarikh Pilihanraya Umum ke 13.
Di mana dikatakan terdapat dua kumpulan dalam Barisan Nasional yang
mahu menentukan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Satu kumpulan…
- Satu kumpulan mahu Pilihanraya Umum ke 13 diadakan sebelum 30 November 2012 kerana diadakan sesuai dengan tempoh cuti sekolah yang panjang dan cuti perayaan yang tidak mampu “memberikan gangguan “dalam siri kempen di Sabah & Sarawak kelak
- Manakala kumpulan yang satu lagi, mahu BR1M 2.0 dilunaskan terlebih dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum ke 13.
Walaubagaimanapun, perbandingan semakan
kami pada tarikh cuti sekolah tahun 2012 dan juga cuti sekolah tahun
2013 memperolehi satu petanda di aman ada kemungkinan Pilihanraya Umum
ke 13 akan diadakan pada tempoh tersebut….
Berdasarkan kalender cuti sekolah 2012
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan
di sini cuti pertengahan penggal 1 jatuh pada awal minggu kedua dan
ketiga bulan Mac 2012
Walaubagaimanapun, cuti pertengahan
penggal satu pada kalender cuti sekolah 2013 berlakunya perubahan &
dianjak pada minggu ketiga dan keempat…
Cuti penggal selalunya sama, sukar untuk
kementerian mengubahnya. Walaupun tahun berbeza, tetapi hari bulan
selalunya lebih kurang sama, mungkin kalau adapun berbeza sekitar 2-3
hari sahaja. kalau disemak semula jadual cuti sekolah 2013, jarak
perubahan cuti yang berlaku agak jauh. Ada kemungkinan juga.
P/S : Dikatakan tarikh mengundi Pilihanraya Umum ke 13
akan jatuh pada 16 Mac 2013. Mungkin? Anda ada maklumat yang mungkin
boleh dikongsikan bersama kami di sini? Apa kata anda pula?